Jul 15, 2011

Bila hati membisu

Salam..
Kebelakangan ni..emosi aku asyik serba xkena je. ntahla.. aku asyik dipersoal..ataupun mmg aku sentiasa mempersoalkan dia?aku ni betul-betul menyesal ke dengan dia?kenapa dia asyik ckp aku ni menyesal dgn dia? Hm..mungkin silap bila aku cuba berkongsi sesuatuyang aku rasa indah untuk dijadikan contoh supaya hubungan ini dapat menjadi lebih bermakna dan ke arah yang baik. Berdosakah andai aku memiliki impian untuk bakal pemimpin keluarga ku menjadi seorang yang lebih baik, dpt membimbing aku menjadi insan lebih baik?adakah ini bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yg aku ada?apa tidak bolehkah andainya aku mengharapkan agar dia dan aku berubah spt apa yg kami harapkan.. Oh ye aku lupa..aku xlayak untuk berkata-kata..apa lg meminta..itu cuma tanda aku tidak bersyukur.. Tambahan lagi..mak kata aku ni suka nak bergaduh dengan orang..Mm..anak DERHAKA rupanya aku ni.. malang la rupanya dia..patut lah aku ni xpandai jaga hati org. nice one!

Jul 6, 2011

Izinkan aku tersenyum

Harini.. aku terjumpa dgn seseorang yg begitu besar karakter dalam hidup dan kisah silam ku.. Hm berbelas tahun berlalu belum cukup utk menjadikan aku seorang yang cukup kuat dan tabah bila berdepan dengan realiti silam yang xmungkin dapat aku putar dan ubah. Aku selalu berharap supaya janganlah aku dipertemukan dgn dia di muka bumi ini.Namun takdir Allah xmungkin kita dapat melawan kan? hebat  kuasa Allah menguji aku dengan hanya pandangan telah dapat membuka kembali aib aku yang dulu. Seolah-olah aku sedang berdepan dgn Allah dan dosa2 ku sedang diputarkan kembali.. Ya Allah... lemah rupanya aku ini..rupanya aku masih belum dpt meneruskan hidup dan lupakan kisah lalu.

Entahlah..aku lihat xbanyak perubahan pada dirinya melainkan nampak semakin matang namun... pilihannya masih seperti "type" dirinya.. aku nampak dia turut terkejut melihat aku tapi segera berpaling..( dia bencikan aku agaknya) bisik dalam hati.. tapi baru aku nampak, dia ada dengan kekasihnya.. Baguslah.. cuma.. hm setiap hari bila aku semakin lupe akan titik noda hitam yang pernah terjadi dalam hidupku.. Secepat kilat aku dikejutkan dan seolah2 diberikan peringatan, sedangkan dosa-dosaku xpernah berkurangan bahkan bertambah setiap hari..

Aku sering mendengar kata orang, suatu hari nanti kita akan mampu tersenyum bila teringatkan segala kisah pahit yang terjadi dalam hidup kita..Tapi..kenapa aku xmampu?aku jujur belum mampu..Ya Allah..izinkan aku tersenyum..

Salam..

Jul 5, 2011

Perkataan Syukur Yang Dilupai | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Perkataan Syukur Yang Dilupai | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"

Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..

- Artikel iluvislam.com